Sunday 30 October 2011

Buta IT

Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com ’ pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Wednesday 26 October 2011

Salam Pertemuan

"7 petala langit dan bumi telah menyaksikan bagaimana wahyu yang pertama telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, betapa seruan itu mampu menggetarkan jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya. Langit seakan-akan menjadi saksi bahawa umat Islam akan mencapai sinar gemilang kerana bermulanya daripada satu perkataan iaitu BACALAH."

Salam pertemuan kepada semua. Pada malam yang hening, dinaungi langit yang penuh dengan bintang-bintang berkerlipan, bulan yang menerangi malam. Alangkah indahnya malam ini sehingga tercetusnya idea mencipta blog ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Sekadar perkongsian dalam kehidupan daripada ilmu insan yang sangat cetek ini.

Dalam keheningan malam ini, tiba-tiba diri ini teringat akan kata-kata sahabat diri ini berkenaan mimpi bahawa "kita tidak pernah ingat bagaimana permulaan mimpi, sedar-sedar kita sudah berada di tengah-tengah satu suasana atau situasi." Kata-kata ini sangat terkesan kerana setiap daripada kita akan bermimpi. Tetapi sejauhmana mimpi kita akan dapat mengubah diri kita sebagai insan yang bergelar hamba. Adakah kita sedar bahawa kita sudah berada dalam kehidupan yang fana dan menunggu masa untuk dimatikan oleh Sang Pencipta. Sebagaimana mimpi, kita sering terputus mimpi apabila kita tiba-tiba sedar dan terjaga daripada tidur tanpa sempat menghabiskan cerita mimpi tersebut. Adakah kita mengetahui bahawa mimpi kita itu akan berakhir dengan kebaikan ataupun dengan sesuatu yang tidak kita inginkan. Sebagai manusia, kita tidak mengetahui bagaimana pengakhiran kita dalam kehidupan ini. Namun, setiap daripada kita pastinya menginginkan pengakhiran yang baik atau Husnul khatimah.

Persoalannya ialah bilakah kita akan dimatikan oleh al-Khaliq? Persoalan yang tidak seorang pun yang mampu menjawab. Kita sebagai hamba Allah s.w.t hanya mampu berusaha berdoa agar dimatikan dalam kebaikan dan keimanan. Oleh itu, jangan sesekali mensia-siakan kehidupan ini dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang dimurkai dan tidak diredhai oleh Allah s.w.t.

Sekadar perkongsian fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t. Mari sama-sama muhasabah diri. Sebagai penutup, mari sama-sama kita hayati lagu ini tentang kejadian malam bukti kebesaran Allah s.w.t. Di sini dilampirkan lirik lagu ini untuk penghayatan pengunjung blog ini.

Malam - Hijjaz


Heningnya suasana maya
Ketenangan malam mendamaikan jiwa
Bukti kebesaran nya yang esa
Yang maha kuasa

Malam yang menggantikan siang
Menepati waktunya
Malam membawa kegelapan
Selimuti alam semesta

Bersyukur atas rahmat Nya
Pencipta segala, ya Allah
Penentu segala

Malam bagaikan ada tersimpan
Sejuta rahsia
Malam dihiasi bintang-bintang
Keindahan tiada taranya

Dia satu-satunya
Penggerak segala
Pentadbir alam semesta
Segala yang ada adalah milik Nya
Tuhan Yang Maha Esa

Di malam yang sepi
Disaat yang murni
Ku panjatkan doa kepada Ilahi
Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Ku lafazkan syukur kepada Ilahi
Di malam yang sepi kupasrah kepada Ilahi