Wednesday 11 March 2015

ROKOK TIDAK BERBAHAYA BAGI KESIHATAN??


Banyak orang berfikir bahawa rokok berbahaya kepada kesihatan, tetapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya.

Ada sebuah the untold story yang membuka mata dunia bahawa rokok itu tidak berbahaya sama sekali.

Ada 3 orang pakar dan mereka selalu bersama ke mana sahaja. tetapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan yang berbeza.
Pakar A : Dr Jon @ suka perempuan
Pakar B : Dr Joni Van Walker @ suka minum minuman keras
Pakar C : Dr Toni Tobacco @ suka segala jenis rokok

Suatu hari, mereka pergi ke dukun sakti. Lalu mereka memilih sesuai kegemaran masing-masing.
Si A: "Aku mahu perempuan yang muda dari pelbagai bangsa dan makanan minuman yang cukup. Letakkan aku dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun."

Si B : "Aku mahu segala jenis arak dari seluruh dunia dan bekal makanan yang cukup diletakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun."

Si  : "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup dan letakkan dalam gua dan jangan ganggu aku selama 10 tahun."

Selepas 10 tahun kemudian, dusun sakti membuka pintu gua masing-masing sesuai dengan perjanjian mereka.

Ketika pintu gua pertama dibuka, keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak mampu kerana lutut sudah goyang hampir kebas sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan. beberapa saat kemudian, si A pun jatuh ke tanah lalu mati.

Pintu gua kedua dibuka, keluarlah si B, perut buncit dan mata merah kerana hari-harinya dihabiskan dengan meminum arak, jalan terhuyung hayang dan jatuh ke tanah lalu mati.

Pintu gua ketiga dibuka, maka keluarlah si C dalam keadaan sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun yang lalu.
Dia berjalan tangkas ke arah dukun itu dan terus menumbuk kepala sang dukun seraya berkata: "Dasar Dukun Bengong!! Lighternya mana?? Kempunan aku 10 tahun dalam tu!!!

Kesimpulannya: ROKOK TIDAK BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN SELAGI TIADA APINYA.... =)